Mat Nor melihat bumbung rumahnya yang siap dibaiki Pertubuhan Kebajikan Ihsan Muda Pulau Pinang hari ini.

BALIK PULAU – “Alhamdulillah, ada orang mai nak baiki bumbung, lepas ni dalam rumah dah tak basah,”.

Demikian luahan Mat Noor Abu Bakar,77, sebaik menerima kunjungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Pertubuhan Kebajikan Ihsan Muda Pulau Pinang di rumahnya di Kampung Genting di sini hari ini.

Mat Nor melihat pihak Pertubuhan Kebajikan Ihsan Muda Pulau Pinang membantu membaiki bumbung rumahnya di Kampung Genting, Balik Pulau hari ini.

Jelas Mat Nor, dia tidak menyangka bantuan membaiki bumbung rumahnya itu disegerakan ekoran dia hanya tinggal seorang diri.

“Alhamduillah, saya berterima kasih pada pihak yang tampil membantu membaiki bumbung ini.

“Lepas ni, boleh saya duk dengan lebih selesa kerana rumah tak akan basah lagi,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN :

Warga emas rayu baiki bumbung rumah usang

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Kebajikan Ihsan Muda Pulau Pinang, Muhd Arshad Abdul Rahman berkata, pihaknya tampil selepas kisah Mat Nor yang dilaporkan MalaysiaGazette tular di media sosial.

Muhd Arshad berbincang dengan Mat Nor sebelum menukar bumbung usang rumah tersebut.

Jelas beliau, pihaknya hadir bersama tukang rumah agar dapat membaiki terus bumbung rumah pusaka warga emas tersebut.

“Dalam keadaan negara dilanda pandemik ni kita tahu ramai individu memerlukan bantuan, namun keadaan rumah pak cik ini saya lihat bocor teruk hingga menyebabkan dia terpaksa duduk dalam keadaan lantai basah.

“Hari ini saya hadir bersama tukang rumah supaya dapat baiki terus bumbung rumah ini memandangkan cuaca sekarang kerap hujan.

Muhd Arshad turut menyampaikan bakul makan serta dapur gas untuk kegunaan Mat Noor.

“Kita tahu penduduk kampung dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat juga dalam perancangan membaiki bumbung rumah ini, tapi kita tampil untuk memastikan warga emas ini hidup dalam keadaan lebih selesa berbanding sekarang,” kata Muhd Arshad.

MalaysiaGazette semalam melaporkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Barat Daya akan mempertimbangkan urusan memperbaiki bumbung rumah usang milik Mat Nor Abu Bakar di Jalan Kampung Genting, di sini.

Pegawai Warga Emas JKM Daerah Barat Daya, Mohd Ramli Mamma berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan ketua komuniti dan beberapa pihak dalam masa terdekat bagi mencari kata sepakat dalam membantu Mat Nor. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast