Ayah Ebit Lew meninggal dunia hari ini.

KUALA LUMPUR – Ayah pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew,  Ibrahim Lew meninggal dunia.

Perkara itu disahkan oleh Ebit menerusi perkongsiannya di Instagram hari ini.

Menurutnya, ayahnya meninggal di Hospital Gleneagles dan akan di bawa ke Masjid Bandar Baru Ampang untuk dimandikan.

Ebit memaklumkan, jenazah akan dikebumikan Muadzam Shah Pahang.

“Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Bapak saya yang tercinta baru sahaja meninggal dunia. Ya Allah beratnya rasa ujian ini. I love you bapak.

“Bapa pergi dulu. Nanti Ebit sampai ye. Ya Allah ampunilah bapa. Sayangilah beliau, rahmatilah beliau, hadiahkan syurga Firdaus untuk beliau.

“Ya Allah temukanlah bapa dengan mak dekat sana. Letakkanlah mereka bersama. Ya Allah, inilah ayahku yang sangat baik. Terima kasih pinjamkan dirinya untukku,” tulisnya.

Beliau turut memohon semua mendoakan ayahnya.

Untuk rekod, ayah Ebit menderita kanser perut tahap empat.-MalaysiaGazette

 

1 Komen

  1. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.
    Ahmad (23804), Abu Dawood (3111) and al-Nasaa’i (1846) from Jaabir ibn ‘Ateek (may Allah be pleased with him), according to which the Messenger of Allah (blessings and peace of Allah be upon him) said: What do you regard as martyrdom?” They said: Being killed for the sake of Allaah. The Messenger of Allaah (S) said: “Martyrdom is seven things besides being killed for the sake of Allaah. The one who dies of the plague is a martyr, the one who drowns is a martyr, the one who dies of pleurisy is a martyr, the one who dies of a stomach disease is a martyr, the one who is burned to death is a martyr, the one who dies beneath a collapsed building is a martyr, and the woman who dies in pregnancy is a martyr.”
    Classed as saheeh by al-Albaani in Saheeh Abi Dawood.

Comments are closed.