Gambar fail
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Angka korban akibat Covid-19 bertambah lagi dengan sebanyak 118 kes kematian dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif yang meninggal dunia kini sebanyak 6,503 kes.

Manakala seramai 878 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 432 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Bagaimanapun, seramai 6,377 pesakit pulih, menjadikan keseluruhan yang sembuh daripada Covid-19 iaitu 759,705 kes

Terdahulu, Noor Hisham memaklumkan negara terus mencatatkan peningkatan jangkitan harian Covid-19 apabila merekodkan sebanyak 11,618 kes hari ini berbanding semalam 11,079 kes.

Pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di negara ini menjadi sebanyak 867,567 kes.

Jumlah jangkitan harian berdasarkan negeri menunjukkan Selangor kekal tertinggi dengan 5,051 kes. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Jangkitan Covid-19 rekod 11,618 kes hari ini