KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak tiga sen seliter kepada RM2.73 seliter bagi tempoh 15 hingga 28 Julai 2021.

Bagaimanapun, harga runcit petrol RON95 dan diesel kekal pada paras RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter.

Kementerian Kewangan berkata, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 dan diesel bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenarcminyak di pasaran global.

Malah, kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast