worst scenario new Variant of Concern VOC Director-General of Health Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah at a news conference on the Covid-19 updates in the country. PIX: SYAFIQ AMBAK / MalaysiaGazette / 08 MAY 2021. Covid-19 new daily cases
Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Angka korban akibat Covid-19 meningkat lagi hari ini dengan 110 kes kematian dilaporkan di seluruh negara

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu 95 kematian merupakan warga tempatan manakala 15 lagi warga asing.

Katanya, pertambahan angka korban itu menjadikan jumlah kumulatif yang meninggal dunia akibat Covid-19 adalah sebanyak 6,613 kes.

“Ingin dimaklumkan bahawa terdapat 885 kes dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 432 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya pada sidang media yang turut dihadiri Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Noor Hisham berkata, kes aktif dengan kebolehjangkitan pula mencatatkan jumlah sebanyak 108,369 kes.

Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan 26 lagi kluster baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu.

Penemuan itu menjadikan jumlah kluster yang ditemui di negara ini iaitu sebanyak 3,168.

Bagaimanapun katanya, sejumlah 2,295 kluster telahpun ditamatkan namun sebanyak 873 kluster lagi didapati masih aktif.

Terdahulu hari ini, Noor Hisham memaklumkan kes harian Covid-19 terus mengganas apabila melepasi paras 13,000 dengan 13,215 kes positif baharu dilaporkan hari ini.

Pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini berjumlah 880,782. – MalaysiaGazette