Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) berjaya merekodkan pemberian dos harian tertinggi sebanyak 507,050 dos setakat semalam, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kes harian Covid-19 terus mengganas apabila melepasi paras 13,000 dengan 13,215 kes positif baharu dilaporkan pada hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini berjumlah 880,782.

Selangor terus menjadi penyumbang terbanyak dengan 6,120 kes direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Ia disusuli Negeri Sembilan (1,603), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1,499), Kedah (695), Johor (599), Pulau Pinang (509), Melaka (484), Sabah (370), Sarawak (363), Perak (344) dan Pahang (222).

Negeri-negeri lain yang mencatat bilangan kes dibawah 100 adalah Terengganu (70), Labuan (26), Putrajaya (53) manakala Perlis hanya tiga kes. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. azmin babi. tutup la kilang.. aku dah tak tahan ni. ni pkpd pkp ke tak?? kata total lockdown tapi kenapa kes makin naik jirrr

Comments are closed.