MANILA – Anggota Polis Nasional Filipina (PNP) boleh menarik nafas lega apabila pihak berkuasa keselamatan itu menggantung keperluan penurunan berat badan sebagai syarat kenaikan pangkat.

“Pegawai polis yang mempunyai berat badan berlebihan dan obes layak untuk kenaikan pangkat pada masa ini,” kata jurucakap PNP, a Brigadier Jeneral Ronaldo Olay kepada Arab News.

“Ia merupakan pengiktirafan kepada mereka yang telah berkorban dalam membantu menangani krisis kesihatan ketika ini,” tambah beliau.

Semalam, Ketua Jeneral PNP, Guillermo Eleazar memberitahu wartawan bahawa beliau telah meluluskan cadangan Direktorat Kakitangan dan Pengurusan Sumber untuk menangguhkan syarat Indeks Jisim Badan (BMI) kerana ia merupakan kekurangan yang dihadapi para pegawai terhadap aktiviti fizikal semasa penularan Covid-19.

Meletakkan BMI sebagai syarat untuk kenaikan pangkat dalam PNP adalah berdasarkan memorandum yang dikeluarkan pada Disember lalu.

“Kami mengambil kira beban tugas semua kakitangan kami semasa pandemik dan keperluan mereka untuk mematuhi pekeliling memorandum hanya kerana kenaikan pangkat,” kata Eleazar.

“Kita berada pada masa penduduk memerlukan penjagaan dan persefahaman, terutama beribu-ribu kalitangan yang diutgaskan untuk menguatkuasa protokol keselamatan kesihatan awam 24 jam sehari,” tambah beliau.

Ketua PNP itu menyatakan, langkah menggantung syarat tersebut adalah sementara dan syarat BMI akan dilaksanakan apabila keadaan kembali normal. – MalaysiaGazette