Messi bersetuju gaji dipotong 50 peratus untuk mengikat kontrak lima tahun bersama Barcelona di Nou Camp kali ini.

MADRID – Lionel Messi dilaporkan bersetuju untuk menerima potongan gaji sebanyak 50 peratus, menerusi kontrak baharu bertempoh lima tahun, untuk kekal bersama Barcelona.

Ini bermakna gaji pemain itu akan dipotong sebanyak £250,000 seminggu.

Kontrak baharu itu menyaksikan bintang Argentina tersebut akan kekal di Nou Camp sehingga beliau berusia 39 tahun.

Messi menyatakan persetujuan pomotongan gaji untuk membantu kelab itu menjimatkan kos pembayaran gaji berikutan amaran Presiden La Liga, Javier Tebas yang mendakwa Barcelona perlu mengurangkan perbelanjaan terhadap pemain secara drastik sebelum mendaftarkan kontrak Messi.

Messi sebelum ini terikat dengan kontrak bernilai £425 juta untuk tempoh empat tahun yang tamat pada 30 Jun lalu.

Sejak itu topik kontrak Messi menjadi perbualan hangat peminat bola sepak seluruh dunia sehingga ada dikaitkan dengan penghijrahan ke PSG dan Manchester City.

Messi kini sedang bercuti bersama keluarganya selepas membantu Argentina menjulang Copa America dengan menewaskan Brazil di aksi final pada minggu lalu.

Pemain berusia 34 tahun itu sudah bersama Barcelona sejak tahun 2000 dan menjaringkan 672 gol dan membuat 778 penampilan.

Barcelona bersetuju untuk mambawa masuk Sergio Aguero, Memphis Depay dan Eric Garcia namun masih perlu mengurangkan hutang bernilai £1 bilion.

Barcelona juga memulakan rundingan untuk pertukaran pemain membabitkan Antoine Griezmann dengan bintang tengah Atletico Madrid, Saul Niguez. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast