Tan Sri Annuar Musa SOP violation EMCO Pak Lah Tun Abdullah Badawi Tun Jeanne Abdullah lunch
Tan Sri Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Sebanyak 54 peratus daripada kes positif Covid-19 di Kuala Lumpur adalah disebabkan kontak rapat, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.

Menurut beliau, perangkaan Pusat Penyelarasan Dan Pengurusan Covid-19 Wilayah Persekutuan (CCMC-WP) semalam itu diperolehi daripada saringan yang dilakukan terhadap kontrak rapat manakala 28.5 peratus didapati secara sporadik.

“Kes susulan saringan yang dibuat di kawasan PKPD bersasar adalah 13 peratus daripada jumlah kes keseluruhan dan jumlah kes juga menurun daripada 294 kes pada 14 Julai kepada 205 kes.

“Kes di tapak binaan hanya 3, iaitu kurang daripada 0.5 peratus daripada keseluruhan kes.

“Sebahagian besar kes, 88 peratus adalah di kalangan warganegara dan tidak disumbangkan oleh industri pembinaan atau perkilangan (kurang daripada 0.5%),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Berdasarkan data daripada CCMC-WP, pada Rabu lalu, sejumlah 1,552 kes positif direkodkan di wilayah itu dengan 1,359 melihatkan warganegara dan 193 bukan warganegara.

Dalam pada itu, tujuh lokaliti dan empat kluster komuniti di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) merekodkan 205 kes.

Tiga kes direkodkan di tapak pembinaan, 62 kes di lain-lain kluster, 836 kes kontrak rapat, 442 kes sporadik dan kes import pula lima kes.

Annuar berkata, terdapat lima fakror yang menyumbang kepada kes yang tinggi di wilayah persekutuan antaranya 13 peratus kes positif adalah daripada saringan lokaliti PKPD.

Selain itu, katanya, sebanyak 54 peratus daripada jangkitan kontak rapat yang mana majoriti kes positif di PKPD dan kontak rapat masih kuarantin manakala satu pertiga adalah kes sporadik dan penularan melalui kontak rapat dan dalam kawasan PKPD.

“Secara keseluruhannya keadaan di Wilayah Persekutuan adalah terkawal dan dijangkakan kes akan menurun pada minggu hadapan hingga akhir bulan Julai dengan pencapaian peratusan suntikan vaksin yang tinggi di Wilayah Persekutuan,” ujarnya. – MalaysiaGazette