Banjir kilat menyebabkan banyak kediaman rosak. foto Agensi

BERLIN – Sekurang-kurangnya 70 orang mati di Jerman dan Belgia setelah hujan lebat menyebabkan tebing sungai pecah.

Sebilangan besar mangsa yang meninggal dunia adalah warga Jerman, sekurang-kurangnya 11 adalah rakyat Belgium.

Ramai lagi dilaporkan masih hilang.

Negeri-negeri Jerman di Rhineland-Palatinate dan North Rhine-Westphalia paling teruk dilanda banjir.

Malah, Belanda juga terjejas teruk.

Hujan lebat diramalkan di seluruh wilayah pada hari Jumaat.

Armin Laschet, Perdana Menteri Rhine-Westphalia Utara, banjir kilat yang berlaku ini adalah akibat pemanasan global.

“Kita akan berdepan dengan keadaan ini berterusan,” katanya.

Di Jerman, helikopter polis dan ratusan tentera dikerahkan ke kawasan terjejas untuk membantu penduduk yang terkandas.

Manakala berpuluh-puluh orang mangsa terpaksa memanjat bumbung rumah untuk minta diselamatkan.

Sekolah ditutup di sekitar barat Jerman, sementara jaringan pengangkutan terganggu teruk.

Kira-kira 25 rumah berada dalam bahaya runtuh di daerah Schuld bei Adenau di wilayah Eifel, yang mana keadaan darurat telah diisytiharkan, menurut penyiar Jerman SWR.

Beberapa rumah telah terputus hubungan sepenuhnya apabila kawasan tidak boleh dilalui dengan bot. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast