Tan Sri Annuar Musa SOP violation EMCO Pak Lah Tun Abdullah Badawi Tun Jeanne Abdullah lunch
Tan Sri Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Kadar vaksinasi bagi dos pertama bagi seluruh warga kota kini sudah mencecah 90 peratus.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, baki lagi 10 peratus akan dibantu untuk mendapatkan vaksin mereka tidak lama lagi.

“Kira kira 10 peratus lagi daripada penduduk berusia 18 tahun ke atas di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang masih belum mendapat suntikan pertama,” katanya di Twitter hari ini.

Setakat semalam, sejumlah 1,602,301 warga kota telah menerima dos pertama mereka.

Dalam pada itu, Annuar mengajak semua warga kota yang belum menerima suntikan dos pertama mereka untuk menghubungi Rumah Prihatin di Hotel Grand Season untuk bantuan.

“Kita akan bantu mereka memudahkan vaksinasi. Boleh hubungi Rumah Prihatin@Grand Season jika perlukan bantuan untuk vaksinasi,” katanya lagi.

Pada Khamis lalu, Annuar berkata, premis di ibu kota boleh dibuka semula selepas imuniti kelompok mencapai 80 peratus.

Malah katanya, sesi dine-in untuk restoran juga boleh dilaksanakan jika sasaran itu dapat dicapai kelak. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Boleh buka semula ibu kota jika imuniti kelompok capai 80 peratus