Hasni,menyaksikan penyampaikan replika cek bantuan one-off RM500 kepada Imam, Bilal dan Noja Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Tosrin Jarvanthi kepada Pengarah JAINJ, Datuk Md Rofiki Datuk A. Shamsudin di Masjid Masjid Parit Kadzi, Jalan Temenggung, di sini, semalam

TANGKAK – Imam, bilal dan noja di bawah Jabatan Agama Islam Negeri Johor bersyukur dengan pemberian bantuan ‘oneoff’ sebanyak RM500 oleh Kerajaan Negeri Johor menerusi Pakej Rangsangan Eknomi (PRE) Ihsan Johor 3.0.

Bagi Imam 1 Masjid Parit Kadzi, Mohammad Mahir Omar mengakui mereka turut tidak terlepas menerima tempias akibat pandemik itu yang melanda negara sejak tahun lalu.

“Sebelum ini, sebagai imam beberapa kerja sampingan dapat dilakukan. Namun, kini pergerakan kami turut sama terjejas sepanjang Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) dilaksanakan.

“PKP ini juga menyebabkan kelas dan forum terpaksa dibatalkan. Bantuan ini sedikit sebanyak membantu kami meringankan beban kewangan sepanjang tempoh pandemik ini,” katanya.

Terdahulu, Menteri  Besar, Datuk Hasni Mohammad menyampaikan bantuan ‘oneoff’ sebanyak RM500 kepada imam, bilal dan noja di Masjid Parit Kadzi, Jalan Temenggung, di sini semalam.

Pada majlis sama, Hasni turut menyaksikan penyampaian replika cek bantuan ‘oneoff’ RM500 kepada imam, bilal dan noja yang diumumkan beliau menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0, bulan lalu.

Replika cek disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Tosrin Jarvanthi kepada Pengarah JAINJ, Datuk Md Rofiki Datuk A. Shamsudin.

Sementara itu, Imam 2 Masjid Parit Kadzi, Zaini Abu turut menzahirkan syukur dan terima kasih kepada kerajaan negeri Johor, terutama kepada Hasni kerana prihatin dengan keadaan mereka dan memberikan bantuan ‘one off’ berkenaan. – MalaysiaGazette