Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil akan membawa isu dakwaan petugas kesihatan menyuntik vaksin kosong ke Parlimen.

“Orang yang bagi vaksin kosong adalah pengkhianat negara. Orang yang jual slot vaksin juga adalah pengkhianat negara.

“Pengkhianat negara dalam “perang lawan Covid-19” mesti dihukum dan perkara ini mesti dibahas di Parlimen pada sidang 26 Julai ini,” ciap Pengarah Komunikasi PKR itu semalam.

Baru-baru ini video dan gambar beberapa penerima vaksin dikatakan menerima suntikan kosong tular di media sosial sehingga menyebabkan ramai mempertikaikan kejadian sedemikian.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Membuang masa. YB dah tak de isu yang lebih penting untuk dibahaskan di parlimen ke? Biarlah pihak yang bertanggungjawab membuat siasatan dan mengambil tindakan yang sewajarnya. What kind of MP are we having right now in Malaysia? Set your priority NOT a popularity right YB. If you want to become popular, then you should become an artist instead if politician.

Comments are closed.