Gambar hiasan

HONG KONG – Pelancaran gelembung perjalanan di antara Hong Kong dan Singapura terpaksa ditangguhkan sehingga akhir Ogos ini berikutan syarat tidak perlu kuarantin masih lagi tidak sesuai untuk dilaksanakan ketika ini.

Menurut jurucakap kerajaan Hong Kong hari ini, kedua-dua pihak sedang menyemak semula situasi pandemik terutama lonjakan kes Covid-19 kebelakangan ini.

“Syarat untuk melancarkan gelembung perjalanan udara masih belum boleh dipenuhi buat masa ini.

“Kedua-dua pihak bersetuju untuk melaksanakannya pada akhir Ogos ini dengan mengambil kira keberkesanan langkah-langkah kawalan wabak yang diljalankan Singapura serta situasi global ketika ini,” katanya.

Skim itu dijadualkan pada November tahun lepas tetapi terpaksa ditangguhkan ekoran lonjakan kes Covid-19 di Hong Kong.

Ianya dijadualkan untuk dilancarkan semula pada 26 Mei lalu tetapi Singapura pula dilanda penularan besar-besaran.- MalaysiaGazette