Solat sunat Aidiladha yang ditunaikan dengan SOP ketat di Masjid Nabawi, Madinah. Foto FB Haramain

RIYADH – Umat Islam di Arab Saudi menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan beberapa lagi wilayah di negara itu dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat bagi membendung pandemik Covid-19.

Menurut laporan Saudi Press Agency, Penasihat Kepada Penjaga Dua Masjid Suci, yang juga Gabenor Mekah, Putera Khalid Al-Faisal dan timbalannya, Putera Badr bin Sultan dan beberapa lagi putera raja Saudi menunaikan solat di Masjidil Haram.

Solat sunat Aidiladha turut didirikan di Masjid Nabawi yang dihadiri Gabenor Madinah, Putera Faisal bin Salman dan timbalannya, Putera Saud bin Khalid.

Di Riyadh, Putera Faisal bin Bandar menghadiri solat sunat di Masjid Imam Turki bin Abdullah.- MalaysiaGazette