Director-General of Health Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. The Drug Control Authority (DCA) has granted a conditional approval for Convidecia Recombinant Novel Coronavirus Vaccine (Adenovirus Type 5 Vector) and Janssen COVID-19 Vaccine. CanSino Biologics Inc, China Johnson & Johnson
Tan Sri Dr. Noor Hisham.

KUALA LUMPUR – Jumlah kes positif harian Covid-19 yang dilaporkan hari ini sebanyak 11,985 kes menjadikan jumlah kumulatifnya mencecah 951,884 semuanya.

Daripada jumlah itu, separuh daripadanya dilaporkan di Selangor yang mencatatkan sebanyak 5, 550 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Manakala Pahang juga didapati menerima lonjakan kes positif hari ini apabila mencatatkan kenaikan lebih 300 kes hari ini berbanding semalam hanya 288 sahaja.

Menurut Dr. Noor Hisham, Kedah turut mencatatkan peningkatan dengan 800 kes hari ini berbanding 701 semalam, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu,  Kuala Lumpur (1,174); Johor (644); Sabah (474); Sarawak (261); Negeri Sembilan (745); Pulau Pinang (362) dan Kelantan (386).

Manakala Perak (274); Melaka (453); Pahang (603); Terengganu (171); Labuan (35); Putrajaya (51) dan Perlis (2).- MalaysiaGazette