Ibu Pejabat Polis Bukit Aman

KUALA LUMPUR – Empat anggota polis dan empat wanita orang awam ditahan ketika sedang asyik berparti di sebuah balai polis dalam serbuan Bukit Aman di Kajang semalam.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad ketika dihubungi MalaysiaGazette mengesahkan serbuan jam 3 petang semalam selepas menerima maklumat mengenai kejadian itu.

Katanya, semasa serbuan kesemua anggota polis itu sedang asyik berparti di dalam sebuah bilik khas bersama empat wanita tempatan kesemuanya berusia antara 21 hingga 37 tahun sebelum berjaya ditahan untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata,  tangkapan dibuat untuk bagi siasatan melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan Covid-19 kerana berkumpul dan berhibur.

“Kita akan menyiasat perbuatan salah laku mereka di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) (Pindaan) 2015 tanpa kompromi,” katanya.

Sementaras itu MalaysiaGazette difahamkan beberapa botol minuman disyaki arak, pembesar suara, lampu disko, peralatan sistem pembesar audio, perakam, mikrofon dan seunit televisyen serta lampu berputar disko turut dirampas dalam serbuan tersebut.

Ujar beliau, siasatan lanjut sedang dijalankan ke atas mereka termasuk tindakan di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan kerana perbuatan cuai yang mungkin boleh menyebabkan jangkitan apa-apa penyakit berjangkit yang boleh membahayakan nyawa.

MalaysiaGazette juga difahamkan dalam serbuan itu, lima botol air ketum, serta gambar lucah milik salah seorang anggota yang ditahan bersama seorang wanita turut dirampas.

Difahamkan kesemua mereka juga didapati telah melanggar arahan dengan menjalankan aktiviti berhimpun dengan minum keras dan berhibur. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Yg ni bukan setakat denda tp sepatutnya dipenjarakan Dan dibuang kerja jaa…bangang punya manusia

Comments are closed.