Seorang suspek berusia 29 tahun ditahan reman selepas memprovokasi polis semasa mengeluarkan kompauan atas kesalahan tidak memakai pelitup muka di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya. Selangor. Foto SYAFIQ AMBAK, 21 JULAI 2021.

PETALING JAYA – Seorang pemuda yang menganggu tugas anggota polis semasa dikenakan kompuan kerana tidak memakai pelitup muka dan menularkan video insiden itu dalam Facebook direman selama empat hari sehingga 24 Julai ini bagi membantu siasatan polis.

Penolong Pendaftar Hairol Azhar Mohd Ishak telah mengeluarkan perintah reman empat hari itu ke atas suspek selepas pemuda tempatan itu dibawa dengan tangan bergari diringi polis Petaling Jaya ke Mahkamah Majistret 10.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Muhamad Fakhrudin Abdul Hamid yang mengesahkan perkara itu berkata, pihaknya akan mengangkat kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya apabila ia siap nanti.

Katanya, suspek yang berusia 29 tahun itu ditahan di kediamannya di sebuah apartmen di Bandar Sri Damansara pada jam 10 malam tadi selepas kejadian provokasi dan memaki hamun polis di sebuah stesen minyak di Sri Damansara pada jam 12.30 tengah hari kelmarin.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:Sudahlah tak pakai pelitup muka ganggu pula tugas polis 

“Semasa tangkapan di kediamannya, suspek merakam live di media sosial Facebook sebagai enggan memberi kerjasama petugas awam menjalankan tanggungjawabnya,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

Menurut Muhamad Fakhrudin, suspek disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana enggan memberi kerjasama kepada pihak polis semasa menjalankan tugas.

Tambah beliau, selain itu lelaki tersebut turut disiasat di bawah Seksyen 504 kanun yang sama kerana sengaja mengaibkan anggota polis dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan.

Ujarnya, dia turut disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan mendatangkan khianat awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 kerana menularkan rakaman tersebut ke laman media sosial dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Kenapa pakai pelitup muka… Kajian dari Denmark kata dalam tahanan polis kena pakai pelitup muka ke untuk mengurangkan risiko jangkitan. Ini orang Timur yang telah hilang ciri-ciri mulia orang Timur dan berbangga dengan cara hidup Barat!!! Contohilah anak muda Jepun yang bangga dan mengamalkan ciri-ciri hidup orang Timur dan menjadi sebuah bangsa yang amat berjaya

  2. Dia tak payah pakai pelitup muka sebab rambut panjangnya dah boleh melitup mukanya okay.

Comments are closed.