Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (Amanah) turut menyediakan khidmat guaman kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang berdepan dengan dua pertuduhan di Mahkamah Sesyen pagi ini.

Presidennya, Mohamad Sabu berkata, parti itu akan bersama Syed Saddiq dan dibela oleh pasukan peguam yang hebat bagi membuktikan beliau tidak bersalah dalam pertuduhan itu.

“Ahli Parlimen Muar akan didakwa pagi ini, saya tidak pasti adakah ia tuduhan yang benar atau tekanan politik menjelang sidang Parlimen.

“Saya yakin beliau akan dibela oleh pasukan peguam yang hebat dan parti Amanah akan bersama memberikan khidmat guaman untuknya,” katanya menerusi ciapan Twitternya.

Syed Saddiq yang diteman bapa dan ibunya menghadapi dia pertuduhan mengikut Seksyen 405 Kanun Keseksaan berhubung dakwaan pecah Amanah dana sebuah parti politik dan Seksyen 403 Kanun Keseksaan berkaitan menyalahgunakan harta iaitu wang.

Jumlah keseluruhan penyelewengan yang terlibat dianggarkan RM1.2 juta melibatkan wang milik parti politik.

Kesalahan itu dipercayai dilakukan pada 2018 dan 2020. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. “Sekarang kamu rasa musibah pendakwaan politik. Dulu kamu hina Najib.

    Jumlah keseluruhan penyelewengan yang terlibat dianggarkan RM1.2 juta melibatkan wang milik parti politik.

    Kesalahan itu dipercayai dilakukan pada 2018 dan 2020.

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.