KUALA LUMPUR – Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memohon pengeluaran wang melalui inisiatif i-Citra, kini sudah mula menerima notis kelulusan pengeluaran.
Rata-rata pengguna media sosial yang berkongsi tangkap layar permohonan pengeluaran mereka yang telah diluluskan dan menyatakan pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan ke dalam akaun pemohon seawal 2 dan 5 Ogos ini.
Bagaimanapun, bagi pemohon yang memilih cara pembayaran melalui Arahan Bayaran, mereka akan menerima Notis Pengambilan Arahan Bayaran atau akan dihubungi KWSP untuk berurusan di Cawangan KWSP yang dipilih.
Semakan status permohonan boleh dibuat di aplikasi i-Akaun dan laman web i-citra.kwsp.gov.my. – MalaysiaGazette