Foto Instagram Fazura.

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pelakon, Fattah Amin mengesahkan isterinya yang juga seorang aktres, Nur Fazura Sharifuddin kini telah berhijab sepenuhnya.

Pengesahan tersebut dikongsi Fattah yang bersyukur dengan perubahan isterinya.

Beliau tampil menjawab penampilan Fazura yang sebelum ini menarik perhatian ramai apabila kerap mengenakan hijab dalam setiap gambar yang dimuat naik menerusi media sosial, termasuklah yang terbaharu ketika sambutan hari raya Aidiladha baru-baru ini.

Menurut Fattah, sejak bergelar suami kepada Fazura pada 27 November 2017, dia tidak pernah berhenti memanjatkan doa agar isterinya mengubah penampilan menjadi Muslimah sebenar.

“Alhamdulillah, itu sahaja yang boleh saya katakan mengenai penampilannya. Sebagai suami, penampilan Muslimah itu yang sentiasa saya doakan selama ini.

“Sekarang, dia pun sudah bertudung,” kongsi Fattah yang dalam sidang akhbar secara virtual sempena pelancaran single terbaharunya yang berjudul Hamba semalam.

Dalam pada itu, pemilik nama sebenar, Abdul Fattah Mohd. Amin turut melancarkan single terbaharunya yang berjudul Hamba yang merupakan kolaborasi ketiga Fattah bersama komposer Hafiz Hamidun selepas single Kiriman Agung dan Sinar Selawat.

Lagu yang turut mendapat sentuhan serta kolaborasi bersama penyanyi rap Kmy Kmo itu bakal dilancarkan di kesemua pelantar penstriman digital seperti Spotify, Apple Music, JOOX, KKBOX, Deezer dan YouTube Music mulai 23 Julai. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Harap tabah hadapi ujian. Kdg2 ujian hilang job buatkan retis buka tudung semula. Tp ada juga yg rezeki melimpah2 lepas bertudung.

Comments are closed.