Hujan lebat menenggelamkan Chiplun yang terletak di dalam daerah Ratnagiri, Maharashtra.

NEW DELHI – Sekurang-kurangnya 110 orang terbunuh dalam kejadian tanah runtuh dan banjir yang disebabkan oleh hujan lebat di negeri Maharashtra.

Hujan yang melanda di ratusan perkampungan, memusnahkan kediaman penduduk menyebabkan ramai kehilangan tempat tinggal.

Anggota penyelamat gigih memindahkan mangsa-mangsa yang selamat tetapi ramai dikhuatiri hilang.

Tentera India turut dikerah untuk memberi bantuan.

Negeri ini telah mencatatkan hujan paling lebatnya pada bulan Julai.

Banyak faktor menyumbang kepada banjir, tetapi pakar- pakar menyatakan perubahan iklim yang disebabkan oleh pemanasan global punca hujan yang melampau.

Semalam, pegawai India berkata, sebahagian besar kematian disebabkan oleh tanah runtuh dan banjir di dua daerah.

Tanah runtuh meratakan kampung kecil Taliye, di tenggara ibu kota kewangan India, Mumbai.

Sekurang-kurangnya 42 orang terbunuh di sana. – MalaysiaGazette