Andy Murray

TOKYO – Pemenang pingat emas acara tenis pasa Sukan Olimpik London dan Rio, Andy Murray menarik diri pada sukan itu di Tokyo selepas mengalami kekejangan peha.

Murray yang menang dalam aksi pembukaan beregu tenis bersama Joe Salisbury pada Sabtu lalu dijadualkan berdepan pasangan Kanada Felix Auger-Aliassime dua hari lagi.

“Saya sangat kecewa terpaksa menarik diri dari acara perseorangan tetapi pasukan perubatan menasihatkan supaya tidak mengambil risiko beraksi dalam acara beregu juga.

“Namun saya menarik diri dari acara perseorangan tetapi akan terus fokus kepada beregu bersama Joe,” kata pemain tenis Britain itu.

Kini Liam Broady merupakan satu-satunya pemain perseorangan lelaki Britain yang mengharungi acara tenis pada Sukan Olimpik Tokyo. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast