MANAGUA – Calon presiden ketujuh untuk pilihan raya Nicaragua diletakkan di bawah tahanan di rumah oleh polis negara itu semalam, bermakna hampir semua yang mencabar Presiden Daniel Ortega kini ditahan.
Pemimpin pembangkang, Noel Vidaurre ditahan polis di rumahnya semalam seperti mana yang berlaku ke atas pengulas politik, Jamie Arellano.
Arellano dipanggil polis untuk disoal siasat berhubung kenyataan yang ditulis beliau mengkritik ucapan Ortega.
Vidaurre merupakan salah seorang calon presiden yang bertanding untuk perikatan Citizens for Liberty.
Perikatan konservatif itu mengumumkan ia telah memilih Oscar Sovalbarro, pemimpin yang menyokong pemberontak yang disokong Amerika Syarikat untuk menentang Sandinista pada 1980 an sebagai calon.
Eman orang calon telah ditahan sejak hampir dua bulan lalu, lapor AP.
Selain itu hmpir 20 orang wartawan dan aktivis pembangkang turut ditahan.
Hampir kesemua ditahan di bawah undang-undang khianat yang digunakan Ortega terhadap musuh politiknya.
Kebanyakan tuduhan yang dihadapi ialah jenayah terhadap negara.
Ortega mendakwa bantahan jalanan pada April 2018 merupakan sebahagian daripada cubaan rampasan kuasa terancang yang dibelakangi kuasa asing.
Seorang calon, Cristiana Chamorro turut dikenakan tahanan di rumah.
Kebanyakan mereka mula ditahan pada awal Mac lalu di lokasi yang tidak dinyatakan dan mereka tidak diberi akses kepada lawatan peguam dan ahli keluarga.
Penahan itu meliputi Medardo Mairena, Félix Maradiaga dan Miguel Mora.
Calon berpotensi, Juan Sebastián Chamorro dan Arturo Cruz turut ditahan.
Calon pilihan raya perlu mendaftar pada 2 Ogos.
Lesther Alemán, bekas pemimpin pelajar yang pulang ke Nicaragua selepas menjalani kehidupan dalam buangan turut ditahan.
Selain itu Dora María Téllez, 65, bekas komander gerila yang kemudiannya berpisah dengan Ortega dan menjadi pemimpin Sandinista Renovation Movement turut ditahan.
Seorang lagi bekas gerila Sandinista dan pemimpin Sandinista Renovation Movement, Hugo Torres yang berusia 73 tahun dan pemimpin pergerakan politik, Unamos, Victor Hugo Tinoco juga ditahan.
Tinoco merupakan bekas Timbalan Menteri Luar dan bekas Duta ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
Ortega, 75, berusaha mengekalkan jawatan presiden untuk empat penggal berturut-turut pada pilihan raya yang akan diadakan pada 7 November ini. – Malaysiagazette