Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengawal laluan masuk ke kawasan perumahan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Foto MOHD ADZLAN, 18 JULAI 2021. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Gong Jering, Mukim Bukit Jawa, Pasir Puteh, Kelantan dilanjutkan bermula Selasa depan hingga 9 Ogos.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat selepas Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Sidang Khas MKN telah meneliti pembentangan KKM mengenai situasi di lokaliti PKPD dan setelah mengambil kira penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-9, kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPD di lokaliti tersebut,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata, sebanyak 14 kampung lagi dalam daerah Pasir Putih turut dikenakan PKPD pada tarikh sama.

Kampung-kampung tersebut adalah Pekan Selising, Kampung Selising, Kampung Tok Dir, Kampung Pak Omar, Kampung Bukit Bidang dan Kampung Bukit Merbau yang kesemuanya di Mukim Bukit Jawa.

Manakala, di Mukim Bukit Abal kawasan yang terlibat adalah Kampung Berangan, Kampung Banggol Pak Esah, Kampung Alor Geliong, Kamoung Banggol Jenereh, Kampung Kubang Sawa, Kampung Lubuk Kedondong, Kampung Chat dan Kampung Banggol Dollah.

Katanya, empat kampung di Perak turut dikenakan PKPD iaitu di Kampung Sungai Seputeh, Kampung Teluk Mas, Kampung Garok dan Kampung Tapah.

Di Terengganu pula, kawasan yang dikenakan PKPD adalah di Kampung Teluk Menara, Mukim Manir, Kuala Terengganu manakala di Kedah pula di Kampung Bukit Malut, Pulau Langkawi.

Dalam pada itu beberapa kawasan di Sabah turut dikenakan perkara sama iaitu di Kampung Mananam, Tongod; Taman Semarak Megah, Tawau; Kampung Sangkabok, Menumbok; Ladang Belian, Kalabakan; Kampung Pelakat dan Kampung Pelakat Paya, Sipitang; Kampung Sumaang, Ranau dan dua lokaliti di Beaufort iaitu Kampung Batandok dan Kampung Menanjung. – MalaysiaGazette