Cristiono Ronaldo

LONDON – Pemain Kebangsaan Portugal, Cristiono Ronaldo kekal bersama Juventus.

“Ronaldo akan kembali berlatih pada hari Isnin dan dia akan kekal bersama kami,” kata Naib Presiden Kelab Serie A, Pavel Nedved kepada Sky Sport Italia.

Nedved bercakap mengenai masa depan Ronaldo setelah Juve mengalahkan Cesena 3-1 dalam aksi persahabatan.

Ronaldo telah dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United dan Real Madrid dan Paris Saint-Germain.

Pemain berusia 36 tahun itu menjaringkan 29 kali pada musim 2020-21 untuk memenangi Capocannoniere sementara sebelum turut pernah memenangi penjaring terbanyak dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan La Liga.

Nedved juga ditanya tentang Paulo Dybala dan Giorgio Chiellini.

Bagi pertahanan tengah Itali, Chiellini, kontraknya berakhir pada bulan Jun, Nedved berkata,

“Apabila dia kembali ke pasukan selepas tamat percutiannya, kami akan berbincang.” ujarnya. – MalaysiaGazette