Siti Nurhaliza telah dinobatkan sebagai Malaysia’s Most Admired bagi kategori wanita oleh portal YouGov bulan lalu.

KUALA LUMPUR – Penyanyi popular, Datuk Seri Siti Nurhaliza berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20 kilogram (kg) selepas melahirkan anak lelakinya Muhammad Afwa pada 19 April lalu.

Siti, 42, kini berazam untuk menurunkan lagi 10 kg berat badannya kepada berat ideal 60 kg.

“Sebelum bersalin Afwa, berat badan saya sudah mencecah 92 kg dan alhamdulillah saya dapat menurunkan 20 kg selepas itu.

“Saya sekarang sasarkan untuk turunkan lagi 10 kg agar dapat berat ideal 60 kg. Ada sesetengah wanita dia memang mudah hendak turun berat badan bila lepas bersalin namun ia berlainan buat saya yang agak susah hendak turun,” katanya

Siti berkata demikian ketika menjayakan sesi sidang media virtual BeauRaya semalam.

Siti atau nama sebenarnya, Siti Nurhaliza Tarudin turut mengakui sejak kelahiran Afwa, tumpuannya kini lebih terarah kepada cahaya mata keduanya itu.

Siti mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, 62, pada 21 Ogos 2006.

Setelah 12 tahun menanti, pasangan itu dikurniakan anak pertama, Siti Aafiyah yang kini sudah berusia tiga tahun. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast