partying wild party Kajang police station disco light karaoke ketum alcohol women JIPS misconduct SOP violation sex video scandal sexual harassment ustaz Islamic preacher PDRM

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneliti dakwaan kononnya berlaku penularan video lucah yang membabitkan gangguan seksual melibatkan individu mirip pendakwah di negara ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan ketika dihubungi berkata, satu kenyataan bakal menyusul dalam masa terdekat daripada PDRM namun enggan mengulas lanjut mengenainya.

Sebelum itu, media sosial hangat membincangkan tentang dakwaan mengenai video berkenaan.

Tinjauan di media sosial mendapati ada sebahagian turut memperkatakan isu yang seakan-akan sama dengan dakwaan berkenaan.

Ada juga mengaitkan ramai menjadi mangsa seksual individu yang dikaitkan perlu berani tampil membuat laporan sambil memberi beberapa nombor untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun setakat ini belum ada sebarang penafian dan dakwaan secara terang-terangan dibuat oleh pihak-pihak tertentu.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.