Mior Faridalathrash Wahid

KUALA LUMPUR – Polis telah merakam keterangan pemilik premis makanan, pemilik syarikat helikopter dan semua individu yang terlibat dalam insiden sebuah helikopter mendarat di Ipoh bagi mengambil pesanan nasi ganja untuk dibawa ke Kuala Lumpur.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya juga telah merakam kenyataan daripada ketua polis balai yang telah memberikan kebenaran merentas negeri dari Selangor ke Perak.

“Pihak polis akan meneruskan siasatan dan hasil siastaan akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya dalam masa terdekat, ” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hasil siasatan terhadap helikopter jenis Bell 505 Global Ranger Milik Systematic Aviation yang mendarat di Ipoh pada 23 Julai lalu telah mendapat kebenaran merentas negeri untuk melakukan penyelenggaraan helikopter atau ‘aircraft maintenance’.

Ia bukan untuk mengambil tempahan nasi ganja seperti yang dilaporkan oleh portal Harian Metro ‘Online’ bertarikh 26 Julai 2021 jam 3.51 petang.

Mior Faridalathrash berkata, kes tersebut telah disiasat di bawah Peraturan 16 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPN) 2021.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai tidak memanipulasi kenyataan yang dikeluarkan oleh sesetengah pengamal media, serta perlu membaca dan memahami keseluruhan isi kandungan bagi mengelakkan berlakunya sebarang spekulasi. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast