Hishammuddin Tun Hussein

KUALA LUMPUR – Sebanyak 39 lokaliti baharu lagi akan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari di tiga negeri melibatkan Sabah, Kelantan dan Pahang, berkuatkuasa 30 Julai hingga 12 Ogos ini.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, daripada jumlah itu, 31 lokaliti terletak di Sabah membabitkan 10 kawasan iaitu Tuaran, Sandakan, Penampang, Tawau, Kinabatangan, Tenom, Putatan, Kota Marudu, Kudat dan Papar.

“Antara 11 lokaliti di Tuaran, Sabah ialah Kampung Betutai, Kampung Bolong Baru, Kampung Bontoi, Kampung Kindu, Kampung Lapasan, Kampung Serusop, Kampung Sungai Damit, Kampung Timbok, Kampung Simpangan, Taman Sri Rugading dan Taman Telipok Ria.

“Selain itu, empat lokaliti di Sandakan, Sabah iaitu Flat LPPB Sri Taman, Lorong 1-8, Taman Kenari, Taman Mawar dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Murni.

“Tiga lokaliti di Penampang pula iaitu Apartment Taman Suria, Kampung Mangkadatan Notoruss, Taman Penampang Fasa 2 serta Country Heights Fasa 2 dan Fasa 3 (termasuk bangunan kedai),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, sebanyak tiga lokaliti di Tawau, Sabah akan dikenakan PKPD termasuk Kampung Lahat-Lahat, Pulau Sebatik; Taman Perwira Ranggu dan Blok 5 Kampung Titingan; manakala dua lokaliti di Kinabatangan, iaitu Ladang Bukit Mas dan Ladang Linbar 1.

“Tenom dan Putatan masing-masing dua lokaliti PKPD iaitu Kampung Mamaitom, SKIM Kuala Tomani, Kampung Meruntum Fasa 3 dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Keramat.

“Tiga lagi lokaliti PKPD ialah Kampung Talantang 1, Kota Marudu; Kampung Ayer, Kudat dan Kampung Pengalat Besar, Papar,” katanya.

Selain Sabah, terdapat enam perkampungan orang asli di di Pos Brooke, Gua Musang, Kelantan turut dikenakan PKPD, iaitu Kampung Cekau, Kampung Jedip WCT, Kampung Seng Sang, Kampung Lojing, Kampung Sendrop dan Kampung Penangau.

“Dua lagi lokaliti yang dikenakan PKPD ialah di Taman Amalina Lestari, Mukim Gali, Raub dan Ladang Bukit Berembun, Mukim Keratong, Rompin, Pahang,” katanya.

Menurut Hishammuddin, kerajaan juga melanjutkan pelaksanaan PKPD selama 14 hari lagi di Blok Angsana & Blok Sumboi-Sumboi, Kg Seberang Benoni, Papar, Sabah, berkuatkuasa 30 Julai hingga 12 Ogos ini.

Sementara itu, sebanyak empat lokaliti pula akan ditamatkan PKPD setelah 14 hari menjalani arahan itu, berkuatkuasa 28 dan 29 Julai ini.

“Kampung Lubak, Beaufort, Sabah yang melaksanakan PKPD sejak 16 Julai lalu ditamatkan esok, sehari lebih awal yang sepatutnya pada 29 Julai 2021.

“Tiga lokaliti yang akan ditamatkan PKPD bermula 29 Julai pula melibatkan Blok 2, Blok 6 & Blok 9, PPR Taman Mesra, Sandakan; Kampung Melamam, Sipitang dan Kampung Landung Ayang, Kudat, Sabah,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast