KUALA LUMPUR – Semua aktiviti pembinaan ransit Aliran Ringan 3 (LRT3) di Langat, Bandar Bukit Tinggi (di hadapan Premiere Hotel) telah dihentikan serta-merta.
Syarikat kontraktor projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) itu mengesahkan insiden perancah besi jatuh di tapak projek tersebut pukul 2.41 petang.
Pembinaan Jaya Zira Sdn. Bhd. berkata, kemalangan membabitkan pakej kerja GS09 itu membabitkan lima pekerjanya dengan seorang meninggal dunia.
”Kami ingin mengucapkan takziah dan maaf kepada para mangsa dan keluarga mereka dan juga meminta maaf kepada orang ramai atas kesulitan yang ditimbulkan,” katanya dalam kenyataan di sini
Menurutnya, syarikat itu bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk menyiasat punca kejadian. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
Perancah binaan projek LRT 3 runtuh, seorang terbunuh, empat cedera