KUALA LUMPUR – UMNO mesti menyelamatkan Malaysia dengan mengusahakan penubuhan kerajaan Interim dengan hanya tiga mandat sahaja.
Mandat tersebut ialah menguruskan ekonomi negara, menguruskan krisis kesihatan dan mentadbir negara demi menyediakan ia untuk Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Kerajaan Interim ini terhenti apabila PRU diadakan.
Tegasnya, Parlimen mesti harus terus bersidang, kebebasan media dan media sosial dijamin, setiap keputusan dan perbelanjaan kerajaan mesti di bentangkan di Parlimen demi kepentingan semak dan imbang serta fungsi Perlembagaan mesti dipulihkan sepenuhnya.
Oleh itu, katanya, adalah lebih baik dan strategik untuk ahli-ahli Parlimen UMNO perlu meninggalkan Perikatan Nasional daripada membelakangkan kepentingan nasional dalam saat krisis ini.
“‘UMNO cannot abandon the nation for Perikatan Nasional” (UMNO tidak boleh mengenepikan rakyat untuk Perikatan Nasional). Apa lagi bila wibawa kerajaan telah punah sepunah-punahnya,” katanya yang menyifatkan kenyataan perdana menteri semalam tidak menjernihkan keadaan malah akan menjadikan ia semakin meruncing.
Tambah beliau, wakil rakyat UMNO hanya mempunyai satu pilihan iaitu mendukung titah SPB Yang di-Pertuan Agong dengan sepenuh jiwa dan raga.
Malah, UMNO tidak akan dan tidak wajar terheret dalam konflik ini. Iltizam UMNO sedari awal penubuhannya, adalah antara lain mempertahankan institusi raja.
”Apa jua tindakan yang tidak selari dengan iltizam tersebut adalah bertentangam dengan nilai, pendirian dan perjuangan UMNO,” jelas beliau lagi.
Menurut beliau, saat UMNO terbelenggu dengan nafsu demi kuasa dan kedudukan dalam Kerajaan PN telah berakhir.
“Wakil rakyat UMNO mesti memilih. Bersama Raja dan rakyat atau bersama dengan Perdana Menteri dan Perikatan Nasional,” ujar beliau. – MalaysiaGazette
RAKYAT WAJIB BOIKOT PRU 15…..BILA MANIFESTO DAN MANDAT RAKYAT DITELANJANGI DAN DIKENCING HANCING…..MP2 SENTIASA BERCAKARAN DALAM PARLIMEN SEBELUM DAN SEMASA PANDEMIK…..MASING2 HANYA GILA POLITIK KUASA……INGAT SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT….RAKYAT MUAK DENGAN INTEGRITI DOWN DAN SAKIT MENTAL PARA PEMIMPIN POLITIK.
MEREKA MP/ADUN YANG DIDAKWA DAN MASIH DALAM KES MAHKAMAH MASIH BEBAS KESANA KESINI DENGAN ALASAN SELAGI TIDAK DIDAPATI BERSALAH
RAKYAT BIASA MUDAH PULA DIREMANLOKAP BERGARI WPUN BELUM PASTI BERSALAH
RAKYAT MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB MENGUNDI…MALANGNYA PEMIMPIN TERPILIH BAKULSAMPAHKAN HASRAT RAKYAT
Kerajaan interim, pastu buka parlimen, jadi sah ke tidak kerajaan interim tu di Parlimen. Jadi pak pandir juga lah.