M. Kula Segaran Members of Parliament buying MPs MP support Perikatan Nasional PN MACC logo Datuk taxi company owner bribery UMNO legal advisor Paul Geoffrey Stadlen MACC 1MDB scandal Mohd Hafarizam Harun Malaysian Anti-Corruption Commission
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melepaskan pertuduhan terhadap seorang lelaki warga Britain, Paul Geoffrey Stadlen dan peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut kenyataan SPRM, penyelesaian itu telah dipersetujui Jabatan Peguam di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613] membabitkan wang berjumlah RM15 juta.

“Paul Geoffrey Stadlen telah bersetuju untuk melepaskan secara rela hati keseluruhan wang berjumlah RM7,192,873.84 dan keseluruhan wang tersebut akan dipindahkan ke akaun amanah 1MDB.

“Perkara tersebut diputuskan setelah mengambilkira bahawa jumlah itu adalah wajar untuk dilucuthak. Sehubungan dengan itu, kes terhadap beliau ditarik balik,” katanya.

Jabatan Peguam Negara turut memutuskan tindakan kompaun dikenakan terhadap Mohd Hafarizam berjumlah RM590,587.26 di bawah Seksyen 92 (1) Akta 613 setelah mengambil kira serta mempertimbangkan alasan-alasan yang munasabah termasuk lanjutan daripada penarikan balik kes terhadap Paul Geoffrey Stadlen.

“Pertuduhan terhadap Datuk Hafarizam ditarik balik setelah kompaun diselesaikan.

“Sebelum ini, pertuduhan terhadap Paul Geoffrey Stadlen telah dibuat tanpa kehadirannya pada 20 Februari 2019 manakala Datuk Mohd Hafarizam dituduh pada 3 Ogos 2020 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur,” ujarnya. – MalaysiaGazette