KUALA LUMPUR – Agensi hartanah, Transasia Property Consultancy Sdn. Bhd. (TAPCKL) membuka peluang kerjaya dalam bidang hartanah bagi membantu golongan yang hilang pekerjaan akibat pandemik Covid19.
Ketua Agensinya, Muhamad Rais Yeop Johari berkata, pengambilan itu adalah usaha bagi membantu mereka yang hilang punca pendapatan dan ingin menerokai bidang baharu dalam hartanah di negara ini.
“Ketidaktentuan pandemik dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP3.0) adalah masa terbaik untuk golongan ini mendapat pekerjaan.
“Peluang kerjaya ini adalah sebagaian usaha untuk menggerakkan ekonomi domestik dalam bidang ini,” katanya baru-baru ini.
Ujar Muhammad Rais, mereka yang terpilih akan diberi latihan dan kursus norma baru atas talian bagi memahami dunia baharu yang bakal diceburi.
“Ini adalah salah satu alternatif dan usaha kami memberi peluang kepada mereka yang tiada perkerjaan dalam mensejahterakan ekonomi negara,” ujarnya.
Jelas Muhamad Rais, sesi taklimat kerjaya itu akan dibuat atas talian aplikasi Zoom pada Rabu 4 Ogos depan.
Mereka yang berminat untuk tempahan slot atas talian zoom boleh melayari Facebook Page: Transasia Property Consultancy Sdn. Bhd. Kuala Lumpur dan menghantar e-mel [email protected] atau hubungi di 012.26999053 & 017.4198264.- MalaysiaGazette