Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuat pemeriksaan suhu dan pendaftaran MySejahtera di Masjid Kg. Charuk Puting, Bera

BERA – Isi kandungan mengenai kenyataan 40 sokongan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Perdana Menteri yang dikeluarkan oleh komponen itu adalah benar.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya berhak menggunakan logo BN sebagai kepala surat memandangkan beliau adalah ahli BN walaupun telah disangkal oleh Setiausaha Eksekutif BN, Mohamad Sahfri Ab Aziz dalam kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.

Beliau yang juga ketua Whip kerajaan dan Naib Presiden UMNO juga mengesahkan telah memperoleh sokongan sepenuhnya berdasarkan mesyuarat yang dipengerusikannya bersama 40 ahli Parlimen itu.

“Memang 40 ahli Parlimen ini memberikan sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional itu sah

“Cuma yang dipersoalkan oleh BN, Setiausaha Kerja BN adalah kenapa guna letterhead, itu sahaja

“Tapi kami dalam kalangan ahli Parlimen, kami ini mewakili Barisan Nasional nak guna letterhead apa lagi?

“Saya gunakan letterhead BN, tidak letak jawatan dan di bawah surat letak nama saya, biarlah pasal kepala surat, yang penting isinya,” katanya ketika ditemui media.

Mengulas lanjut, penggunaan logo parti tidak seharusnya berbangkit kerana kandungan kenyataan yang dikeluarkan olehnya menjadi perkara utama untuk dinyatakan.

Ahli Parlimen Bera itu juga menjelaskan hanya Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO dan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yang mengambil langkah berbeza. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.