Harry Kane. Foto Eurosport.

LONDON – Penyerang sensasi Harry Kane dilaporkan gagal hadir dan melaporkan diri untuk sesi latihan Tottenham Hotspurs pada pagi Isnin.

Pemain itu dilaporkan ponteng sesi latihan pertama itu sejurus pulang dari cutinya.

Kapten England yang dikaitkan kuat dengan penghijrahan ke Manchester City sepatutnya turun ke pusat latihan Spurs untuk menjalani ujian saringan Covid-19 dan latihan pramusim hari ini.

Namun, Kane berpendirian mahu meninggalkan Spurs untuk menyertai skuad Pep Guardiola.

Bagi tujuan itu dia didakwa cuba memberi tekanan kepada pengerusi kelab berkenaan Daniel Levy untuk meluluskan permohonannya dengan ‘ponteng’ sesi latihan di Pusat Latihan Enfield.

Kane masih mempunyai kontrak berbaki tiga tahun bersama Spurs namun Levy dengan jelas menyatakan kelab tidak akan melayan sebarang tawaran dari mana-mana kelab di bawah nilai £150 juta (RM880juta) untuk pemain itu.

Man City yang dikatakan mendahului saingan untuk khidmat Kane juga dalam proses memuktamadkan pembelian Jack Grealish dengan nilai £100 juta (RM587.3 juta).

Kane mula bimbang impian menyertai City bersama rakan pasukan Three Lions itu tergugat dengan kedegilan Spurs yang tidak bersedia menerima sebarang tawaran murah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast