SINGAPURA – – Harga minyak mentah berubah arah selepas melambung pada awal pada hari Selasa kerana kebimbangan terhadap langkah-langkah menangani koronavirus, selain aktiviti kilang yang perlahan di pasaran utama.
Niaga hadapan minyak mentah Brent turun AS$0.05 atau 0.1%, kepada AS$ 72.84 setong, pada 0309 GMT.
Manakala minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) Amerika Syarikat susut AS$0.08 atau 0.1% kepada AS$ 71.18 setong.
Kedua-dua pasaran turun lebih dari 3% pada hari Isnin.
Penganalisis ANZ dalam nota penyelidikannya berkata, risiko ekonomi yang meningkat kepada China – pengguna minyak utama selepas kes varian Delta yang sangat bahaya telah menular di 14 wilayah.
Situasi ini mendorong kepada sekatan pergerakan, kata penganalisis ANZ.
Selain itu aktiviti pembuatan yang perlahan di China dan Amerika Syarikat juga menjadi kebimbangan utama.
“Kegiatan ekonomi China terus menurun pada bulan Julai, dengan Indeks Pengurus Pembelian Pembuatan rasmi jatuh ke 50.4 dari 50.9 pada bulan Jun,” kata ANZ.
Bank itu berkata, aktiviti pembuatan juga perlahan di Amerika Syarikat dengan indeks ISM jatuh ke 59.5″ – bacaan terendah sejak Januari – dari 60.6 pada bulan Jun. – MalaysiaGazette