Orang awam yang disyaki positif Covid-19 hadir seawal pagi bagi melakukan penilaian kesihatan di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), Dewan Serbaguna Pelabuhan Klang. Foto MOHD ADZLAN, 01 OGOS 2021.

KUALA LUMPUR – Kes positif Covid-19 hari ini mencatatkan rekod tertinggi iaitu 19,819 kes dalam tempoh 24 jam.

Ini menjadikan kes kumulatif yang direkodkan sehingga kini adalah 1,183,110 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga hari ini Selangor masih mencatatkan jangkitan harian tertinggi 8,377.

Diikuti dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2,467 dan Johor pula 1,162 kes.

“Kedah 1,371 kes, kelantan (1,003), Sabah (949), Sarawak (552), Negeri Sembilan (800), Pulau Pinang (867), Perak (662), Melaka (508) dan Pahang (558).

“Terengganu (481), WP Labuan (5), WP Putrajaya (46) dan Perlis pula 11 kes,” katanya.-MalaysiaGazette