Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak takut untuk melawan dan berjuang bagi membersihkan namanya daripada pertuduhan mencuri duit Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di mahkamah.

Beliau mendakwa pertuduhan tersebut adalah ugutan politik dan menegaskan, tidak akan tunduk kepada sebarang desakan dan memastikan kebenaran akan dibuktikan kelak.

“Pelik dan ajaib apabila parti yang menuduh saya mencuri duit parti telah menghantar Ketua Armadanya sebelum saya didakwa di mahkamah untuk memujuk saya kembali menyokong Perdana Menteri dan Perikatan Nasional.

“Sifirnya seperti inilah, jika seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) telah menipu duit syarikat tetapi pada masa yang sama syarikat berkenaan masih mahu mengekalkan beliau dan memujuk beliau datang semula, apakah perkara ini munasabah?” soalnya dalam satu hantaran video di Twitternya malam ini.

Esok pengasas bersama MUDA itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA).- MalaysiaGazette

 

ARTIKEL BERKAITAN:

Syed Saddiq akan didakwa bawah AMLA esok