JOHOR BAHRU – Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan melakukan debut e-sports pada pertandingan pertama Champions eFootball yang menyaksikan beberapa kelab terbaik di Asia Tenggara bertanding dalam PES 2021 dari 9 September sehingga 7 Oktober.

Pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, pasukan Harimau Selatan itu akan diwakili oleh pemain bola sepak profesional JDT, Mohamadou Sumareh dan eFootballer, Mohamad Nor Haikal Noh, yang merupakan peserta separuh akhir Sukan Asia 2018 dan antara dua wakil Malaysia terbaik untuk PES 2020.

“Didorong oleh minat kami terhadap bola sepak, kami teruja untuk menjejakkan kaki ke dunia e-sports sambil memaparkan lambang dan warna kelab kesayangan kami.

“Champions eFootball akan memberi kita peluang untuk mempamerkan bakat muda yang mewakili kelab sambil menarik penonton-penonton yang baru di e-sports.

“Kami juga bersemangat untuk bersaing dengan kelab-kelab lain di rantau ini dan menantikan perlawanan-perlawanan antarabangsa pada masa hadapan,” katanya menerusi laman Facebook Johor Southern Tigers.

Pasukan-pasukan lain yang bertanding dalam Champions eFootball ialah Buriram United FC dan Chonburi FC dari Thailand, Persib Bandung FC dari Indonesia, Tampines Rovers FC dari Singapura, United City FC dari Filipina, Nagaworld FC dari Kemboja dan Ho Chi Minh City FC dari Vietnam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast