KUALA LUMPUR – Pergerakan Wira Putra merayu kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menggunakan kuasa untuk menarik semula kuasa daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.
Ketuanya, Nasrul Ali Hasan Abdul Latif mendakwa ia susulan tindakan penderhakaan Muhyiddin yang membatalkan semua Ordinan Darurat tanpa mendapat perkenan daripada YDPA dan bertentangan dengan Perlembagaan.
“Patik dan sekalian rakyat berharap kuasa yang ada dan diperutukkan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda dan Majlis Raja-Raja Melayu agar mengambil kuasa telah dimanfaatkan kepada Perdana Menteri yang secara sengaja atau tidak.
“Ini kerana Perdana Menteri telah melakukan perkara yang tidak berperlembagaan dan mengelirukan Dewan Rakyat yang mulia serta seluruh rakyat Malaysia bagi diserahkan kepada pemimpin yang lebih bersih, berintegriti, bermoral dam berwibawa.
“Ia juga bagi mengeluarkan rakyat daripada kesempitan dan kesengsaraan akibat pandemik Covid-19, seterusnya memulihkan kembali kepercayaan rakyat terhadap kerajaan dan pelabur luar untuk meningkatkan kembali kuasa ekonomi negara,” katanya pada sidang media di luar pekarangan Pintu 3, Istana Negara, hari ini.
Terdahulu beliau bersama Naib Ketua Pergerakan Wira Putra, Syed Mohd Shahriman Syed Badri Shah menyerahkan memorandum dan watikah taat setia kepada YDPA pada pukul 11.15 pagi tadi.
Memorandum dan watikah tersebut telah diterima oleh Setiausaha Sulit Kanan kepada YDPA, Kolonel (B) Datuk Nazim Mohd Alim.
Pada 28 Julai lalu, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen) Datuk Seri Takiyuddin Hassan di Parlimen pada Isnin bahawa Ordinan Darurat telah dibatalkan pada 21 Julai lalu.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan pada 27 Julai lalu berkata, pembatalan semua Ordinan Darurat belum mendapat perkenan Seri Paduka.
Beliau berkata, Seri Paduka turut berdukacita kerana pembatalan semua Ordinan Darurat berkuat kuasa 21 Julai lalu yang dilakukan secara tergesa-gesa tanpa pembentangan di Parlimen bukan sahaja gagal menghormati prinsip kedaulatan undang-undang di dalam Rukun Negara. – MalaysiaGazette
Cari publisiti waktu waktu kalut macam ini. Baca dulu perlembagaan tentang kuasa Agong.