Foto Instagram Tauke.

KUALA LUMPUR – Pelawak popular, Tauke Jambu akhirnya mengakui dirinya adalah individu yang telah ditahan polis baru-baru ini.

Pengakuan tersebut telah dinyatakan oleh Tauke menerusi satu posting di Insta Story miliknya, hari ini.

“Kepada yang puas hati… memang aku ditahan untuk bantu siasatan dan aku telah pun memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa.

“Bukan jadi bapak ayam atau transporter tak ada kaitan aktiviti tersebut,” tulisnya.

Sebelum ini, seorang pelawak ditahan selepas dipercayai terbabit kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan mengeksploitasi seks di sebuah hotel di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, pada 1 Ogos lalu.

Dalam serbuan pada jam 10 pagi itu, polis turut berjaya menyelamatkan seorang wanita daripada menjadi mangsa kegiatan pelacuran.

Beberapa nama pelawak kemudian mula dikaitkan dengan tangkapan terbabit termasuk Tauke atau nama sebenarnya Zamratul Amri Zakaria itu.

Bagaimanapun, Tauke menafikan dirinya adalah pelawak yang dimaksudkan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast