Ahmad Shabery Cheek

KUALA LUMPUR – Tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan yang tiba-tiba mengarahkan pemilihan UMNO diadakan di seluruh negara ketika kes jangkitan Covid-19 melonjak melebihi 20,000 sehari digambarkan sebagai ‘pengadil paksa bermain semula walaupun air di padang dah naik paras pinggang.

Sedangkan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ROS berkata, ROS tahu pemilihan UMNO bukan sahaja membabitkan pucuk pimpinan tertinggi tetapi juga 20,000 cawangan, 191 bahagian dan sayap.

Oleh sebab itu, pemilihan UMNO tidak boleh sekadar cukup korum sahaja, lagipun di kampung-kampung mana ada akses online.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, mengambil kira faktor itu, pemilihan UMNO mesti dibuat di dalam dewan atau rumah.

Malah, aturannya perlu didahului dengan doa, ucapan, bentang laporan, bahas dan kemudian baharu mengundi.

Lagipun, katanya, dalam keadaan sekarang Ordinan Darurat masih belum batal dan kompaun masih dikenakan RM10,000 seorang.

Beliau yang sebelum ini menyindir kerajaan yang menangguhkan sidang Parlimen dengan menggambarkan keputusan itu sebagai ‘pengadil hentikan permainan sebab hujan turun renyai-renyai’ bertanya berapa kontena hendak dihantar ke seluruh negara kalau kematian terus meningkat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.