Foto Instagram Siti Sarah.

KUALA LUMPUR – Berita kematian penyanyi Siti Sarah Raissuddin akibat Covid-19 turut menyentuh perasaan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menerusi ciapan di laman Twitter, Dr Noor Hisham mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham yang menghembuskan nafas terakhir jam 5.13 pagi tadi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.

“Takziah kepada keluarga Siti Sarah Raissuddin & kepada semua ahli keluarga rakyat Malaysia yang telah terkorban oleh Covid19,” kata Dr Noor Hisham.

Siti Sarah meninggal dunia

Berita sedih itu turut dikongsi warganet.

Penyanyi berusia 36 tahun itu meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19.

Ayash Affan nama anak Siti Sarah

Jumaat lalu, Allahyarham yang mengandung tujuh bulan melahirkan bayi lelaki menerusi kaedah pembedahan. – MalaysiaGazette