Seorang anggota polis yang cedera dikejarkan ke hospital. foto Xinhua

ISLAMABAD – Sekurang-kurangnya dua anggota polis terbunuh dan lebih dari 10 yang lain cedera ketika letupan meletus di bandar Quetta dekat barat daya Pakistan.

Waseem Baig, jurucakap Hospital Awam Quetta, memberitahu, sekurang-kurangnya 11 orang termasuk enam anggota polis cedera dalam letupan yang berlaku berhampiran kawasan Unity Chowk.

Serangan itu berlaku ketika polis melakukan rondaan rutin melewati lokasi letupan, kata pegawai polis di kawasan itu.

Polis berkata, bahan letupan telah dipasang di sebuah motosikal.

Kenderaan polis turut menjadi sasaran serangan tersebut.

Pasukan keselamatan dan pasukan penyelamat bergegas ke lokasi kejadian dan memindahkan yang cedera ke hospital awam di bandar.

Pasukan keselamatan mengepung kawasan itu dan memulakan operasi pencarian.

Setakat ini belum ada kumpulan atau individu yang mengaku bertanggungjawab atas serangan itu. – Xinhua

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast