M. Kula Segaran Members of Parliament buying MPs MP support Perikatan Nasional PN MACC logo Datuk taxi company owner bribery UMNO legal advisor Paul Geoffrey Stadlen MACC 1MDB scandal Mohd Hafarizam Harun Malaysian Anti-Corruption Commission
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menemui tiga ahli Parlimen DAP berkaitan dakwaan menerima tawaran rasuah.

Badan penguat kuasa undang-undang itu dalam satu kenyataan memaklumkan, ketiga-tiga mereka dipanggil susulan dakwaan ditawarkan rasuah seperti wang dan jawatan oleh sesetengah pihak agar mereka menyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Sehingga kini, SPRM sudah menemui tiga ahli Parlimen DAP berkenaan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai tohmahan tersebut.

“Setakat ini, SPRM tidak dapat mengenal pasti identiti sebenar pemilik nombor telefon yang menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp tersebut kepada ahli-ahli Parlimen berkenaan,” demikian menurut kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, SPRM memberi jaminan akan terus menjalankan siasatan dan berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu berkenaan.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kula Segaran mendakwa menerima tawaran wang dan kedudukan sebagai menteri sebagai pertukaran menyokong pemerintahan kerajaan PN.

Tawaran itu dibuat melalui pesanan WhatsApp menerusi telefon kepada Setiusaha Sulitnya Jeremy Chuah pada 6 Ogos lalu, antara lain menyebut ganjaran wang, kedudukan sebagai menteri, peruntukan penuh kepada konsituensi Ipoh Barat dan insentif-insentif lain. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Siasat pihak tawar habuan jika MP pembangkang sokong kerajaan – PH