Gambar hiasan.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sembilan lagi kes positif Covid-19 dieksan di Parlimen, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurut Noor Hisham, bilangan itu menjadikan 97 kes dikesan setakat ini di bangunan itu sejak Sidang Khas Parlimen diadakan pada 26 Julai lalu.

“Empat kes kontak rapat kepada kes positif Covid-19 hasil saringan semasa Pra-Dewan Rakyat. Satu kes baharu dilaporkan pada 10 Ogos 2021 di mana kes ini juga merupakan kes kematian pertama yang baharu dikesan positif Covid-19 dengan ujian RT PCR pada 31 Julai 2021.

“Empat kes kontak rapat kepada kes positif Covid-19 yang telah hadir semasa persidangan Dewan Rakyat,” kata Noor Hisham.

Dalam kenyataan Noor Hisham pada Sabtu lalu, 88 kes positif Covid-19 dikesan di bangunan Parlimen melibatkan 56 kes adalah hasil saringan Pra-Dewan Rakyat dengan empat kes kontak rapat; 17 kes dikenal pasti berkaitan semasa persidangan Dewan Rakyat dengan tiga kontak rapat dan lapan kes saringan Pra-Dewan Negara.

Jelas Noor Hisham, empat kes dikesan positif Covid-19 menggunakan RTK Ag pada 23 Julai dan satu kes dikesan positif Covid-19 dengan ujian RT PCR pada 31 Julai.

Kes pada 31 Julai lalu dilaporkan telah meninggal dunia mempunyai sejarah hadir ke Parlimen 26 hingga 29 Julai lalu.

Korban adalah Guandee Kohoi iaitu pegawai tugas-tugas khas kepada Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (Motac), Datuk Jaimin Samitah. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. moga SEMUA 107 MP PEMBANGKANG yang mencabar kebenaran COVID…dgn buat himpunan haram dijangkiti covid kerana memperlekehkan pengorbanan FRONTLINER bertungkus lumus selamatkan nyawa awam….COVID bukan sandiwara politik seperti yang diejek shafie bedal prn sabah

Comments are closed.