Thiagaseelan Ganesan Ahli Majlis Tertinggi Pemuda MIC Kebangsaan

KUALA LUMPUR – Jangan membenarkan sewenang-wenangnya membenarnya semua restoran beroperasi secara dine in dan kerajaan kena mempatikan para pekerja premis juga mendapat suntikan vaksin penuh.

Itu kebimbangan Ahli Majlis Tertinggi Pemuda MIC Kebangsaan, Thiagaseelan Ganesan.

“Selain itu, premis perlu disanitasi sepenuhnya sebelum buka untuk perniagaan dan perlu memastikan pemilik restoran ini mengemukakan semua bukti vaksinasi dan sanitasi kepada pihak PDRM untuk mendapatkan kebenaran untuk operasi dine in,” katanya kepada MalaysiaGazette semalam.

Menurut Thiagaseelan, jangan  pandang remeh kelonggaran diberi kerajaan kepada penerima vaksinasi lengkap di negeri Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) baru-baru ini.

Apatah lagi jika andainya kes positif Covid-19 hampir 20,000 saban hari sebaliknya kelonggaran kemudahan itu perlu juga diberikan perhatian khusus, katanya.

Kata Thiagaseelan lagi, bagi kumpulan yang pulang dari luar negara juga perlu dipastikan proses kuarantin itu dilakukan sebelum balik ke rumah masing-masing.

“Ini kerana untuk mengelak sebarang penyebaran varian baharu. Selain itu perlu juga dapatkan kebenaran untuk balik ke rumah daripada pihak PDRM dengan mengemukakan bukti kuarantin,” ujarnya.

Cadang lagi Thiagaseelan, semua tempat ibadat harus disanitasi sebelum dibuka menerima orang awam.

“Semua tempat ibadat, premis makanan, tempat pelancongan domestik harus menyediakan sanitizer  nano spray gun untuk memastikan semua pengunjung tidak membawa sebarang virus.

“Sebenarnya cadangan-cadangan ini bukanlah bertujuan untuk menyusahkan mana-mana pihak sebaliknya ianya dapat memastikan serta mengawal semua kelonggaran yang telah diumumkan tidak back fire PPN.

“Tolonglah, keadaan masih lagi pandemik dan angkanya juga membimbangkan. Ramai juga telah menjadi korban kepada virus maut ini jadi janganlah kita ambil apa-apa risiko,” tegasnya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast