Angka korban akibat jangkitan Covid-19 terus meningkat dengan hari ini mencatatkan sebanyak 277 kes kematian.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Angka korban akibat jangkitan Covid-19 terus meningkat dengan hari ini mencatatkan sebanyak 277 kes kematian.

Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif yang meninggal dunia kini 11,968 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham berkata, 96 daripada kes kematian yang direkodkan hari ini adalah kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).

Beliau berkata, 65 daripada kematian itu merupakan warganegara manakala 31 lagi bukan warganegara.

“Jumlah pesakit yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) turut tinggi dengan 1,075 kes. Daripada jumlah itu sebanyak 537 kes memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu, Dr. Noor Hisham memaklumkan, jangkitan Covid-19 yang dikeluarkan hari ini hanya menunjukkan penurunan 200 kes kepada 21,468.

Daripada jumlah itu, katanya, sebanyak 21,443 merupakan penularan tempatan manakala 25 lagi adalah kes import.

Dalam pada itu, Dr. Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menemui sebanyak 41 lagi kluster baharu hari ini.

Penemuan terbaharu itu menjadikan jumlah kluster Covid-19 yang ditemui sebanyak 4,120 dengan 1,293 daripadanya masih aktif. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

 

Covid-19: Kes baharu hari ini turun 200 berbanding semalam

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast