Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin.

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengumumkan cadangan pemberian vaksin Covid-19 kepada kanak-kanak dan remaja berumur 12 hingga 17 tahun minggu depan.

Perkara itu dimaklumkan oleh, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin yang memberitahu, surat pekeliling terbaharu mengenai perkara itu akan disemak semula oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

“@DGHisham.. Surat pekeliling terbaru berikutan cadangan yang disemak semula kepada @JKJAVMY, PICK akan mula memberikan vaksinasi kepada kanak-kanak berumur 12-17 tahun dengan urutan keutamaan berikut:
1) 12-17 w / keadaan perubatan yang mendasari
2) 12-17 tanpa masalah perubatan berdasarkan peningkatan usia.

“Pengumuman akan dibuat minggu depan oleh @JKJAV
mengenai bagaimana vaksinasi Covid-19 untuk remaja akan dilaksanakan mengikut @DGHisham…surat pekeliling dan garis panduan klinikal terkini juga dikemas kini,” ciap beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi di Twitter.

Sebelum ini, Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (CITF) mengesahkan pendaftaran bagi mendapatkan suntikan vaksin terhadap kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas telah dibuka menerusi aplikasi MySejahtera.

Pada peringkat permulaan, hanya pelajar yang lahir pada 2003 dan akan menyambung pelajaran ke luar negara diberikan keutamaan. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Tingkatkan bekalan vaksin untuk negeri dahulu..Ramai lagi golongan dewasa yang tidak dapat vaksinansi sebelum beralih ke kanak-kanak. Hari-hari kita dengar negeri-negeri merayu untuk tambah bekalan vaksin. Untuk kanak-kanak kalau hendak di mulakan biarlah tahun hadapan, kerana mudah untuk kerajaan melakukan suntikan di sekolah-sekolah.

Comments are closed.